MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN BERBUKA PUASA

Untuk makluman kepada semua penduduk Blok 4F

Insyaallah,

Satu Majlis Bacaan Yassin Dan Berbuka Puasa akan diadakan

Bertarikh : 05.09.2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430 ( Sabtu )
Bertempat : Dewan Blok 4F
Masa    : 0700 malam

Persediaan makanan adalah secara gotong-royong bermula lepas Solat Zohor
Semua penghuni blok 4F di jemput hadir dan segala pindaan akan di beritahu kelak

Wassalam

" BERSAMA BERMASYARAKAT"

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Untuk makluman kepada semua penduduk Blok 4F

Insyaallah,

Satu Majlis Bacaan Yassin Sempena Kedatangan Ramadhan akan diadakan

Bertarikh : 02.08.2009 bersamaan 11 Syaaban 1430 ( Ahad )
DIUBAH KEPADA 15.08.2009 bersama 24 Syaaban 1430 (Sabtu)
Bertempat : Dewan Blok 4F

Masa : Selepas Solat Mahrib

Persediaan makanan adalah secara gotong-royong bermula lepas Solat Zohor
Semua penghuni blok 4F di jemput hadir dan segala pindaan akan di beritahu kelak

Wassalam

" BERSAMA BERMASYARAKAT"
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Terima kasih kepada yang melayani blog yang tidak seberapa ini

Untuk makluman kepada semua penghuni Blok 4F

Insyaallah, seperti bulan-bulan lepas satu Majlis Tahlil Dan Kenduri Arwah akan diadakan seperti berikut

Bertarikh : 02.08.2009 (Ahad)
Tertempat : Dewan Blok 4F

Masa : Selepas Solat Mahrib

Persediaan makanan adalah secara gotong-royong bermula lepas Solat Zohor
Semua penghuni blok 4F di jemput hadir dan segala pindaan akan di beritahu kelak

Wassalam

" SEPAKAT MEMBAWA BERKAT "

Majlis BerKhatan Bagi Anak Warga Blok 4F

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Satu majlis bagi meraikan anak-anak warga blok 4F untuk melangkah ke alam dewasa (berkhatan).Majlis ini dianjurkan oleh warga blok sendiri dan disertai oleh anak-anak warga blok 4F sendiri.Majlis ini dimulai dengan perarakan dari blok 4A hingga ke blok 4A dan diiringi oleh paluan kompang yang diimport khas dari perak.Peserta juga diraikan di atas pelamin dan di tepung tawar oleh ahli keluarga peserta.Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan makan tengah hari







PERLAWANAN BOWLING ANTARA WARGA BLOK 4F

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ


Satu pertandingan bowling antara warga blok 4F telah diadakan di pusat bowling,Alamanda,Putrajaya.Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga blok dan pertandingan ini bermula jam 09.00 malam hingga 1200 malam.Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara warga blok.Acara ini juga merupakan acara samping hari keluarga blok 4F yang akan diadakan 08 hingga - 09hb Ogos 2009 nanti.Hadiah pemenang akan disampaikan pada hari tersebut

Program Bumi Hijau

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Untuk makluman semua ,

Pihak BPH ada menjalankan program BUMI HIJAU untuk semua Blok Fasa 4 dan semua penghuni blok adalah dijemput untuk melibatkan diri dalam program ini.Program ini telah dirasmi kan oleh Tun Abdullah (Mantan PM).Program ini dijalankan secara gontong-royong dan setiap blok diperuntukkan 23 batas dan tanam bergantung kepada kumoniti blok sendiri.Program ini dijalan di satu kawasan berbukit berhampiran lampu isyarat dan di hadapan blok 4C.Sebagai makluman semua,blok kita telah mengambil hasil dari program ini dan di bahagi kepada semua penghuni.

Notis Peringatan Dari BPH

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Majlis Perjumpaan Ketua Blok,AJK Blok Dengan Jiran Baru

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Satu majlis Perjumpaan Ketua Dan Ajk Blok Dengan Jiran Baru Blok 4F talah diadakan pada 13 Julai 2009 di Dewan Blok 4F pada jam 2100(09.30 mlm).Acara dimulai dengan ucapan dari Ketua Blok 4F dan dalam ucapan beliau mengalukan kedatangan jiran-jiran baru serta menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalan oleh blok.Beliau juga kecewa sedikit kerana sambutan dari jiran-jiran baru ini tidak memuaskan ini kerana dari 14 orang jiran baru yang datang ke perjumpaan ini cuma 5 orang.Majlis ini diteruskan dengan ramah mesra dengan jiran-jiran baru

Jom Pakat Ramai Ramai Pi Hari Keluarga Blok 4F

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ


Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Penduduk Blok 4F akan menganjurkan Hari Keluarga bagi tahun ini di luar Putrajaya dan bersetuju mengadakan Hari Keluarga di KM Chalet,Kuala Linggi,Melaka selama dua hari satu malam.

Sehubungan itu,AJK Hari Keluarga Badan Kebajikan Penduduk Blok 4F amat berbesar hati hati menjemput semua penghuni Blok 4F menyetai program HARI KELUARGA bagi mengeratkan lagi silaturahim,memupuk semangat kejiranan dan bersantai bersama keluarga di samping memeriahkan lagi suasana sukaneka yang akan diadakan.

Oleh yang demikian,untuk makluman tuan/puan di bawah ini di berikan maklumat lanjut Hari Keluarga Blok 4F seperti berikut:

Tarikh : 8 - 9 0gos 2009 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : KM Chalet, Kuala Linggi Melaka
Penginapan : Di tanggung Sendiri Oleh Penghuni

(Bayaran Chalet di KM Chalet)
- Chalet kayu Kipas Angin RM 60.00
- Chalet Batu Kipas Angin RM 75.00
- Chalet Hawa Dingin RM 90.00
- Chalet Hawa Dingin Deluxe RM 100.00
- Chalet Hawa Dingin Deluxe RM 120.00

Makan/Minum : Di tanggung Oleh Badan Kebajikan Penduduk Blok 4F
Pengangkutan : Kenderaan Sendiri ( Di tanggung sendiri oleh Penghuni)

Segala pertanyaan boleh dirujuk kepada AJK Blok seperti senarai di sebelah kanan


Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Blok 4F

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Untuk makluman kepada semua AJK Blok 4F

Suka dimaklumkan bahawa mensyuarat seperti di atas akan diadakan :-

Bertarikh : 15 Julai 2009 ( RABU )
Bertempat : Tingkat 2 Blok 4F (RUMAH KOMU
NITI)
Masa : 08.30 MLM (20.30)
Agenda : Membincangkan tentang Program Hari Keluarga Blok


Diharap kepada semua AJK dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat yang akan diadakan

Sekian,Terima kasih

Wassalam

" BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "

PERJUMPAAN ANTARA KETUA BLOK,AJK DENGAN JIRAN BARU BLOK 4F

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Untuk makluman kepada semua penduduk Blok 4F

Tuan/Puan,

Jemputan Ke perjumpaan Antara Ketua Blok,Ajk Dengan Jiran Baru Blok 4F

Suka cita dimaklumkan bahawa majlis seperti di atas akan diadakan

Bertarikh : 13 Julai 2009 bersamaan 21 Rejab1430 (ISNIN)
Bertempat : Dewan Blok 4F
Masa : 9.00 MLM (2100)
Agenda : Beramah mesra dan berkenalan dengan jiran baru serta memupuk semangat kejiranan

Diharap kepada semua ajk dan Tuan/Puan dapat menghadirkan diri dalam majlis yang akan diadakan

Wassalam

" BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "