MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR

Doa Selamat Ulang Tahun Perkhawinan Berkelompok Warga Blok 4F



UNTUK MAKLUMAN

Satu majlis doa selamat sempena Ulang Tahun Perkhawinan Berkelompok Warga Blok 4F akan diadakan pada 26.12.2010 di Dewan Komuniti Blok 4F.Kepada warga blok 4F yang berminat boleh la hubungi En.Harun ditalian 012-3759497 atau En.Nasir ditalian 019-3072101 .Permohonan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 sepasangan untuk perbelanjaan majlis ini.Permohonan ini ditutup pada 30.11.2010.Sebarang pertanyaan boleh sila hubungi En.Harun,EnNasir,AJK tingkat atau emailkan kepada 4fpresint9.gmail.com.Dengan besar hati tuan-tuan dan puan-puan dijemput turut sertai majlis ini.

Ditangguh sehingga diberitahu

"BERSAMA BERMASYARAKAT"

SAMBUTAN AIDILFITRI 2010/1431

Pada 26.10.2010 bertempat Dewan Blok 4F,Presint 9 telah berlangsung satu Majlis Sambutan Aidilfitri yang meriah.Sehari sebelum majlis warga blok telah mengadakan persiapan majlis dengan gotong-royong memasak juadah untu majlis tersebut.Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB.Dato Tengku Adnan Yang merupakan  Ahli Parlimen Kawasan Putrajaya dan wakil-wakil blok yang berhampiran.majlis ini telah bermula jam 1400 dengan acara ucapan daripada Dato Tengku Adnan dan diikuti Pengerusi Blok En.Zaberi.Dihari raya kalau tiada pemberian tidak meriah hari raya itu,maka pihak blok telah bebesar hati memberi duit kepada kanak-kanak warga blok.Acara seterusnya adalah jamuan raya.Majlis telah tamat lebih kurang jam 5.30 petang



" BERSAMA BERMASYARAKAT "

MAJLIS BERBUKA PUASA TAHUN 2010

Majlis berbuka puasa telah diadakan di dewan Blo 4F dianjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F.Majlis persediaan telah bermula dari jam 1000 pagi dengan memasak secara gotong-royong antara penghuni blok sendiri.Majlis ini dibuat secara gotong-royong bagi mengeratkan tali persaudaraan sesama penghuni,maklumlan ramai yangbaru berpindah masuk ke blok 4F.Semasa persediaan ini pelbagai ideal dapat berkongsi dan dapat mengenal lebih rapat sesama penghuni blok.Acara diteruskan majlis berbuka puasa dengan memakan kuih dan diikuti dengan sembahyang maghrib berjemaah.Sebaik selesai solat maghrib majlis diteruskan dengan makan malam dengan air yang istimewa iaitu air epal susu.Selapas makan malam majlis diteruskan dengan solat isyak berjemaah yang di imamkan oleh imam Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) iaitu .Majlis diteruskan dengan solat sunat tawarikh dan solat sunat witir.Tidak lupa juga tahlil aruah untuk yang telah tiada diadakan setelah selesai solat witir.Majlis ini diakhiri dengan jamuan moreh.Alhamdulillah sambutan untuk majlis tahlil ini telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dari penghuni dan bekas penghuni blok sendiri.Bagi pihak Jawatankuasa,kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dari penghuni blok bagi melaksanakan program tahun blok ini ,diharap dimasa hapadan agar sambutan dari penghuni blok lebih baik daripada program ini

"BERSAMA BERMASYARAKAT"

Daripada Pengerusi Blok



KEPADA SEMUA PEMILIK MOTOSIKAL 
PENGHUNI BLOK 4F,PRESINT9


UNTUK KEBAIKAN BERSAMA,


MINTA TOLONG LETAKKAN MOTOSIKAL ANDA DI TEMPAT LETAK YAG TELAH DIKHASKAN BUKAN DI LOBI BLOK ATAU LALUAN KECEMASAN.INI ADALAH TERDAPAT KOMPLEN DARI PIHAK BOMBA,HOSPITAL DAN JPA MEREKA MENGHADAPI MASALAH KERANA KENDERAAN ANDA MENGANGGU LALUAN SEMASA KECEMASAN DAN WAKTU HARI HUJAN.


KERJASAMA DARI PIHAK TUAN-TUAN,PUAN-PUAN  AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH


"BERSAMA BERMASYARAKAT"
Pada 25.07.2010 satu Majlis Menyambut Bulah Ramadhan Dan Mencukur Rambut telah diadakan di dewan Blok 4F.Persiapan majlis telah bermula dari petang 24.07.2010 dengan acara memasak juadah dan menghias
buai serta membuat persiapan majlis.Majlis sebenarnya telah bermula dari pukul 10 pagi dengan majlis madhaban kaum wanita yang dijemput khas oleh ketua blok dan majlis mencukur rambut telah berjalan.Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat untuk menyambut bulan ramadhan yang diketua oleg Tn.Hj.Zakaria.Selesai majlis bacaan Surah Yasin jemputan telah dihidangkan hidangan khas yang diimport dari Kelantan iaitu GULAI KAWAH.Tetamu telah hadir hingga jam 3 ptg dan majlis selesai jam 1700

"BERSAMA BERMASYARAKAT"

Sambutan Kepulangan Ketua dan AJK Blok Pulang Menunaikan Umrah


Pada 17.07.2010,satu majlis sambutan kepulangan ketua dan AJK blok selamat pulang dari mengerjakan umrah.Mereka berdua telah berada di tanah suci selama 14 hari.Majlis ini dianjurkan oleh AJK blok dengan membawa lauk masing-masing untuk dikumpulkan dan dijamukan


"BERSAMA BERMASYARAKAT"

BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH

Pada 20.06.2010 majlis BACAAN YASIN,TAHLIL & DOA SELAMAT yang dihajat oleh En.Sulaiman & En.Zameri sekeluarga.Majlis bermula jam 1030 pg dengan acara membuat pesiapan barang masakan secara gotong royong diantara penghuni blok 4F.Majlis bermula dengan memasak lauk pauk secara gotong royong,Kemudian sembahyang maghrib berjemaah dan selepas itu majlis tahlil bermula.Selepas Tahlil telah selesai majlis diteruskan dengan sembahyang isyak berjemaah,Majlis diakhri dengan makan malam.


" BERSAMA BERMASYARAKAT "

SAMBUTAN HARI BAPA

Pada 20.06.2010,satu majlis menghargai kaum bapa telah diadakan oleh Ahli Jawatakuasa Wanita Badan Kebajikan Blok 4F.Majlis ini dianjurkan oleh kaum ibu Blok 4F,majlis bermula dengan kehadiran tetamu dan memotong kek oleh kaum bapa.Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati oleh pasangan suami isteri dan diakhiri dengan makan malam yang dimasak oleh kaum ibu


















"SELAMAT HARI BAPA'


kepada semua KAUM BAPA di seluruh dunia khasnya BAPA-BAPA penghuni blok 4F,Presint 9


" BERSAMA BERMASYARAKAT "

Majlis Tahlil Arwah

Pada 24.04.2010 majlis bacaan tahlil yang dihajat oleh E.Harun sekeluarga.Majlis bermula jam 1030 dengan acara membuat pesiapan barang masakan secara gotong royong diantara penghuni blok 4F.Pada tahun ini penghuni di jemput oleh wakil AJK Badan Kebajikan Blok 4F dari rumah ke rumah dan sambutan amat mengalakkan.MAjlis bermula dengan memasak lauk pauk secara gotong royong,Kemudian sembahyang berjemaah dan selepas itu majlis tahlil bermula.Selepas Tahlil telah selesai majlis diteruskan dengan sembahyang isyak berjemaah,Majlis diakhri dengan makan malam.Berikut gambar ketika Majlis Bacaan Tahlil berjalan



 BERSAMA BERMASYARAKAT "

Majllis Hari Ibu

Pada 16.05.2010 satu majlis mengenangkan jasa para ibu telah dibuat oleh kaum bapa penghuni blok 4F,Presint 9.Majlis ini dijalankan dan dicadangkan oleh kaum bapa dan merupakan satu kejutan kepada kaum ibu.Acara ini dimulakan dengan memasak makan malam oleh kaum bapa dan menyiapkan segala untuk majlis makan malam.Pada jam 9 malam acara dimulakan dengan kehadiran kaum ibu yang disambut oleh kaum bapa dan majlis diteruskan dengan majlis perarakan membawa kek kedalam dewan oleh anak-anak penghuni blok sendiri.Majllis diteruskan dengan acara memotong kek oleh kaum ibu dan diiringi dengan lagu "oh ibu".Acara diakhiri dengan menjamu selera dengan masakan yang dimasak oleh kaum bapa.

















"Selamat Hari Ibu"

kepada semua ibu di seluruh dunia khasnya ibu-ibu penghuni blok 4F,Presint 9

" BERSAMA BERMASYARAKAT"

DARI PADA BPH,JPM

KERJA -KERJA MENGECAT SEMULA BAHAGIAN LUAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI APARTMENT KERAJAAN DI PUTRAJAYA

TUAN/PUAN,

UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN,KERJA-KERJA MENGECAT SEMULA APARTMENT KERAJAAN YANG AKAN DIJALANKAN OLEH KONTRAKTOR YANG DILANTIK OLEH JABATAN KERJA RAYA DI SELURUH RUMAH DI APARTMENT FASA 1,2,3 DAN 4 PRESINT 9,PUTRAJAYA AKAN BERMULA PADA 13 APRIL 2010 SEHINGGA 30 APRIL 2010


OLEH YANG DEMIKIAN,TUAN/PUAN DIMINTA MEMBERI KERJASAMA KEPADA PIHAK KONTRAKTOR YANG AKAN MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGECAT SEMULA DI RUMAH TUAN/PUAN.KEGAGALAN TUAN/PUAN MEMBERI KERJASAMA,TUAN/PUAN DIANGGAP TELAH MELANGGAR PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS DAN AKAN MENYEBABKAN TUAN/PUAN HILANG KELAYAKAN MENDUDUKI KUARTERS INI.

DENGAN PERINTAH :
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
BPH/AM/15/21 JLD 2
14.03.2010

" BERSAMA BERMASYARAKAT "

BUANG SAMPAH DI ARAS 1,BLOK 4F

Minta kerjasama dari warga blok agar tidak  membuang sampah di merata tempat dan buang sampah di tempat yang disediakan.Pihak pengurusan Taska & Tadika telah membuat komplen kepada Ketua blok kerana sampah ini telah dibuang di hadapan Taska & Tadika Aras 1 Blok 4F.Ini adalah mengelakkan bau busuk dan salah anggapan dari ibu bapa serta penghuni blok lain.Pihak Taska & Tadika telah bercadang untuk memasang CCTV bagi menangkap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan rakaman akan di hantar kepada BPH untuk tindakan selanjutnya

" BERSAMA BERMASYARAKAT "

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPERNA HARI KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada 27HB FEB 2010 @ SABTU satu majlis BACAAN YASIN SEMPERNA HARI KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W telah diadakan di Dewan Komuniti Blok 4F yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F.Majlis ini adalah dibuat secara gotong-royong antara penghuni blok sendiri.Majlis bermula jam 1100 pg dengan memasak lauk pauk dan diikuti dengan sembahyang maghrib berjemaan.Selepas sembahyang maghrid berjemaah,selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w diadakan.Selepas itu sembahnyang isyak dan bacaan Yasin dijalankan.Majlis diakhri dengan makn malam

Berikut gambar menarik semasa majlis tersebut




 " BERSAMA BERMASYARAKAT "

Tahniah

Diatas penganugerahan Pingat Pangkuan Negara sempena Hari Keputeraan ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Tahun 2009 kepada:

EN.ZABERI BIN ABDULLAH
(Ketua Blok)


Diatas Penganugerahan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2010 oleh kebawah DYMM Pemangku Yang di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kepada:

EN.SULAIMAN BIN HAJI MALIK 
(AJK BLOK)



" BERSAMA BERMASYARAKAT "

" SALAM PERPISAHAN "

Selamat berpisah kepada warga blok

En.Zairum B. Ahmad & Keluarga

yang telah berpindah ke

Kuarters Jenis Banglo di Presit 11, Putrajaya

Kenangan bersama mereka tidak akan dilupakan.

Kami warga blok mengucapkan selamat berpindah dan selamat memasuki kediaman baru.

" SELAMAT DATANG "

SALAM PERKENALAN KEPADA

PENGHUNI BARU YANG

MENJADI WARGA BLOK4F

“SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010”




“SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010”
1WP MAJU DAN SEJAHTERA”

Ikhlas daripada

WARGA BLOK 4F,PRESINT 9.PUTRAJAYA 


DARIPADA BPH,JABATAN PERDANA MENTERI



MAKLUMAN
KERJASAMA TUAN/PUAN  DIMINTA UNTUK MENGGUNAKAN TEMPAT MELETAK
KENDERAAN YANG DISEDIAKAN.DILARANG SANA SEKALI MELETAK KENDERAAN
DI TEMPAT YANG TIDAK DIBENARKAN SEPERTI DI KAWASAN JALAN
UTAMA, LOBI, PERSIMPANGAN JALAN, PILI BOMBA, RUMAH PENCAWANG
LETRIK (TNB), LALUAN MOTOR DAN RUMAH SAMPAH


SEKIRANYA TUAN / PUAN MELANGGAR PERATURAN INI,BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
JABATAN PERDANA MENTERI AKAN MENGELUARKAN SURAT AMARAN, MENGUNCI TAYAR
( CLAMP ) KENDERAAN BERKENAAN, JIKA MASIH MELANGGAR PERATURAN, PERUNTUKAN MENDUDUKI KUARTERS AKAN DI TARIK BALIK, SAMA ADA KESALAHAN TERSEBUT DILAKUKAN
OLEH TUAN/PUAN, AHLI KELUARGA ATAUPUN TETAMU YANG BERKUNJUNG.SEHUBUNGAN 
DENGAN ITU TUAN/ PUAN DIMINTA MENASIHATI AHLI KELUARGA/ TETAMU SUPAYA MEMATUHI
PERATURAN TERSEBUT.


UNIT TAZIRAN DAN KESEJAHTERAAN KOMONITI
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI


1-300-88-1414 @ 03-8888 6868

DARIPADA BPH,JABATAN PERDANA MENTERI



Penguatkuasaan Peraturan Menduduki Perumahan Penjawat Awam


Sila klip pada pautan dibawah untuk maklumat selanjutnya


http://portal.bph.gov.my/portal/images/stories/Unit_pengurusuan_Kuarters/peraturan%20menduduki%20kuarters.pdf

****Kepada warga blok yang berhajat mengadakan tahlil sila hubungi AJK Badan Kebajikkan Blok 4F

" BERSAMA BERMAYSRAKAT "



Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.