MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR

Majlis Tahlil Arwah

Pada 24.04.2010 majlis bacaan tahlil yang dihajat oleh E.Harun sekeluarga.Majlis bermula jam 1030 dengan acara membuat pesiapan barang masakan secara gotong royong diantara penghuni blok 4F.Pada tahun ini penghuni di jemput oleh wakil AJK Badan Kebajikan Blok 4F dari rumah ke rumah dan sambutan amat mengalakkan.MAjlis bermula dengan memasak lauk pauk secara gotong royong,Kemudian sembahyang berjemaah dan selepas itu majlis tahlil bermula.Selepas Tahlil telah selesai majlis diteruskan dengan sembahyang isyak berjemaah,Majlis diakhri dengan makan malam.Berikut gambar ketika Majlis Bacaan Tahlil berjalan



 BERSAMA BERMASYARAKAT "

Majllis Hari Ibu

Pada 16.05.2010 satu majlis mengenangkan jasa para ibu telah dibuat oleh kaum bapa penghuni blok 4F,Presint 9.Majlis ini dijalankan dan dicadangkan oleh kaum bapa dan merupakan satu kejutan kepada kaum ibu.Acara ini dimulakan dengan memasak makan malam oleh kaum bapa dan menyiapkan segala untuk majlis makan malam.Pada jam 9 malam acara dimulakan dengan kehadiran kaum ibu yang disambut oleh kaum bapa dan majlis diteruskan dengan majlis perarakan membawa kek kedalam dewan oleh anak-anak penghuni blok sendiri.Majllis diteruskan dengan acara memotong kek oleh kaum ibu dan diiringi dengan lagu "oh ibu".Acara diakhiri dengan menjamu selera dengan masakan yang dimasak oleh kaum bapa.

















"Selamat Hari Ibu"

kepada semua ibu di seluruh dunia khasnya ibu-ibu penghuni blok 4F,Presint 9

" BERSAMA BERMASYARAKAT"