MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR
SEMALAM DAH LEPAS HARI INI NYATA ESOK ?

Selamat Tahun Baru 2010 di ucapkan kepada semua warga blok
Diharap azam tahun lepas dapat ditunaikan
Kami berdoa agar tahun depan 2010 lebih baik daripada tahun ni

SELAMAT TAHUN 2010 KEPADA SEMUA WARGA BLOK

" BERSAMA BERMASYARAKAT "

SELAMAT KEMBALI

Kami warga blok mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada

Hj.Ariff B. Hashim & isteri


Setelah menunaikan selamat menunaikan ibadat haji




SALAM PERPISAHAN

Selamat berpisah kepada warga blok 


En.Mahat B. Limat & Keluarga  
En.Jasni B. Hassan Basri& Keluarga 


yang telah berpindah ke 


Kenangan bersama mereka tidak akan dilupakan.
Kami warga blok mengucapkan selamat berpindah dan selamat memasuki kediaman baru.
DARI BPH JPM


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH DENGGI


  1. Membunuh nyamuk Aedes dengan racun serangga (Aerosol).
  2. Bersihkan kawasan sekeliling rumah. Pastikan tiada bekas air yang boleh menakung air.
  3. Tutup bekas penyimpanan air seperti tempayan,baldi atau tong air.
  4. Tukar air dalam bekas jambangan bunga setiap minggu.
  5. Bersihkan piring pengalas pasu bunga yang menakung air.
  6. Periksa saluran air hujan dan pastikan air tidak bertakung.
  7. Sampah sarap yang boleh menakung air seperti bekas plastik hendaklah dibuang di tong sampah dan jangan dibiarkan air bertakung.
BPH sentiasa mengutamakan kesihatan penghuni kuarters. Langkah-langkah pencegahan dapat mengelak daripada pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan Anda dalam bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran kuarters dan kediaman dapat mencegah diri, keluarga, dan jiran anda daripada Denggi.


*BPH sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dalam aktiviti fogging bagi mencegah denggi. Penghuni kuarters adalah dinasihati memberikan kerjasama dengan membuka pintu kediaman masing-masing sewaktu aktiviti fogging dijalankan.
Sumber daripada Pejabat Kesihatan Putrajaya.

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BPH
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah akan menyediakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak bermula 1 November 2008  bagi memudahkan pelanggan berurusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan BPH.





                Lokasi : Pasar Tani Mega, Presint 2,
               Masa    : 6.00 petang hingga 9.00 malam
               Hari      : Setiap hari Jumaat 


PERHATIAN WARGA BLOK

MINTA KERJASAMA DARI WARGA BLOK AGAR TIDAK MELETAKKAN KENDERAAN ANDA DI PARKING SEBELAH KANAN HADAPAN BLOK 4F DAN PARKING MOTOR DITUKARKAN KEPADA PARKING SEBELAH KIRI BLOK.

INI ADALAH UNTUK KERJA-KERJA PEMASANGAN KHEMAH BAGI PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN
 ENCIK GHANI (T3-U05)


 PADA :19.12.2009 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN BLOK 4F & PEKARANGAN PARKING BLOK
JEMPUTAN :SEMUA WARGA BLOK DI JEMPUT HADIR  


KERJASAMA DARI WARGA BLOK AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA HARI RAYA KORBAN

Pada 29.11.2009,satu majlis bacaan Yassin semperna HARI RAYA KORBAN telah di adakan di Dewan BLOK 4F dan di anjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F.Acara bermula dengan gotong-rayong memasak hidangan makan malam diantara penghuni blok.Acara kemuincak bermula dengan sembahyang Magrib berjemaah diketuai oleh Hj.Zakaria dan diikuti dengan bacaan Yassin.Majlis diteruskan dengan takbir raya dan sembahyang isyak berjemaah.Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.(Gambar tidak dapat dimuatkan kerana masalah teknikal,harap maaf)

Lawatan Ke Langkawi

Sekali lagi satu lawatan ke Langkawi telah berjaya di anjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F,dan tahun ini lawatan ini disertai oleh 8 keluarga.Lawatan ini di taja oleh individu yang menyertai lawatan.Lawatan ini bertolak dari perkarangan blok jam 2300 (11 mlm) 20.11.2009 dan sampai di langkawi jam 1600 (4 ptg) dan pulang ke Blok pada 23.11.2009.Gambar akan dimuatkan kemudian