DARI BPH JPM
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH DENGGI
- Membunuh nyamuk Aedes dengan racun serangga (Aerosol).
- Bersihkan kawasan sekeliling rumah. Pastikan tiada bekas air yang boleh menakung air.
- Tutup bekas penyimpanan air seperti tempayan,baldi atau tong air.
- Tukar air dalam bekas jambangan bunga setiap minggu.
- Bersihkan piring pengalas pasu bunga yang menakung air.
- Periksa saluran air hujan dan pastikan air tidak bertakung.
- Sampah sarap yang boleh menakung air seperti bekas plastik hendaklah dibuang di tong sampah dan jangan dibiarkan air bertakung.
*BPH sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dalam aktiviti fogging bagi mencegah denggi. Penghuni kuarters adalah dinasihati memberikan kerjasama dengan membuka pintu kediaman masing-masing sewaktu aktiviti fogging dijalankan.
Sumber daripada Pejabat Kesihatan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment