Bertarikh 8-9.o8.2009,di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka satu ''Hari Keluarga Blok 4F' telah berjaya diadakan dengan begitu meriah sekali. Acara ini merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti blok 4F. Tahun ini seramai 23 keluarga telah menyertai hari keluarga ini dan pelbagai acara telah dijalankan. Acara ini bermula seawal perjalanan pergi. Acara ini dimulai dengan berkumpul di depan blok seawal 8.30 pagi dan perjalanan ke KM Chalet secara berkonvoi dan sepanjang berkonvoi ini acara mencari harta karun telah diadakan.
Setelah sampai di KM Chalet semua peserta membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik masing-masing. Semasa proses pendaftaran berjalan acara meneka biji betik juga diadakan pada waktu yang sama dan pemenang ditentukan dengan tekaan yang tepat atau paling hampir. Acara seterusnya adalah makan tengahari dengan bekalan makanan yang dibawa peserta masing-masing dan dikumpul serta dikongsi sesama peserta.
Sebelah petang pula adalah acara bebas dijalankan seperti mandi laut
Sebelah petang pula diadakan pertukaran hadiah yang dibawa oleh peserta hari keluarga sendiri dan semua peserta akan mendapatnya dan pemenang teka biji betik yang meneka tepat jumlah biji dalam buah betik
dan pemenang mencari harta karun. Pemenang ini ditentukan melalui undian disebabkan 2 keluarga menjawab soalan dengan tepat
Pada malam itu acara diakhiri dengan berkaraoke
Pagi keesokkannya pula diadakan poco-poco dan seterusnya sukaneka antaranya kutip gula-gula, isi air dlm botol, rebut kerusi, cari sepatu sendiri, bawa bola ping-pong dalam sudu, lambung kasih, bowling pantai, makan epal dan minum air coca-cola
Dan acara seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang

"Hari Keluarga Blok 4F" berakhir jam 1500 dan peserta telah pulang
No comments:
Post a Comment