MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR
MEWUJUDKAN BUDAYA BARU PENYIDAIAN PAKAIAN DI KUARTERS
KERAJAAN DI PUTRAJAYA


Menyidai atau mengering pakaian di tempat yang tidak dikhaskan merupakan
salah satu Pelanggaran Peraturan Menduduki Kuarters seperti yang tertakluk
dalam Buku Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan Fasal 6.2.4 :

“Menjemur sebarang jenis jemuran atau pakaian selain dari tempat yang disediakan.”
[ Fasal 6.2.4 Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan]

Sehubungan itu, kerajaan kini sedang dalam usaha mewujudkan budaya baru
menyidai pakaian di kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya. BPH telah diberi
tanggungjawab dan peranan dalam melaksanakan budaya baru ini bagi
memastikan usaha ini berjaya. Penghuni kuarters kerajaan diseru agar bersamasama
menjayakan usaha kerajaan ini dengan mengikuti peraturan yang
ditetapkan dalam Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan.
JENIS PENYIDAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN ADALAH SEPERTI
BERIKUT :

1. Menggantung kain/pakaian di ‘balcony’.
2. Menggantung kain/pakaian di antara ‘railings’ di bahagian ‘balcony’.
3. Mengubahsuai/membuat ampaian di luar rumah.
4. Menyidai kain/pakaian pada sepanjang saluran gas.
5. Menyidai kain/pakaian di sepanjang laluan utama di bahagian
koridor.
6. Menjemur kain/pakaian dengan menggunakan kayu melalui ‘railings’
tingkap ataupun ’balcony’.

CONTOH-CONTOH KESALAHAN

KESALAHAN MENJEMUR DI ‘BALCONY’
KESALAHAN MENJEMUR DI KAWASAN LALU LALANG
KESALAHAN MENJEMUR DI RAILINGS
KESALAHAN MENJEMUR DI LUAR KORIDOR
KESALAHAN MENJEMUR DI POKOK-POKOK LUAR RUMAH

Pengghuni kuarters adalah di ingatkan agar mengeringkan pakaian hanya di tempat yang telah dikhaskan / disediakan. Menjemur kain seperti di ‘railings’ melalui tingkap dengan enggunakan kayu dan juga di ‘balcony’ rumah adalah dilarang. Menjemur kain di luar rumah juga adalah dilarang sama sekali.

BAGAIMANAPUN DALAM MELAKSANAKAN USAHA KERAJAAN INI BPH
JUGA AKAN MENGAMBIL INISIATIF SEPERTI BERIKUT BAGI MEMBANTU
MASALAH PENGHUNI DALAM MEMBUDAYAKAN CARA BARU
PENYIDAIAN PAKAIAN :

1. Penambahan Ampaian

2. Pemasangan Kipas bagi membantu mengeringkan pakaian dan


3. Pemasangan Mesin Pengering


KERJASAMA SEMUA PENGHUNI KUARTERS AMAT DIPERLUKAN DALAM
MELAKSANAKAN DAN MEMBUDAYAKAN CARA BARU PENYIDAIAN
PAKAIAN INI.

SEKIAN TERIMA KASIH.

No comments: