MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR

Peraturan Kuarters

BAHAGIAN I : TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN

Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya Tempatan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan sepatutnya.

Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang diperuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai itu sendiri.

Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam,itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalan kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol dan lain-lain lagi.

Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak 2 kali ganda sewa yang patut dibayarnya. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan bagi pegawai-pegawai yang mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka berhak mendapat perumahan yang percuma atau dikehendaki diam dirumah-rumah khas jabatan atau rumah-rumah yang telah dibina oleh mereka dengan Pinjaman Perumahan itu terletak di luar kawasan ibu pejabar tempat mereka bertugas.


PERATURAN II : TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN

PARA 33 : (i) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari terakhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di (ii) dan (iii).

PARA 33 : (ii) Seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh pegawai perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas jabatan atau jawatan semasa ia bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya. Bagi tujuan perintah am ini, seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja.

PARA 33 : (iii) Seseorang pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan ketua jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi.

PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

(a) Kenderaan
Dilarang meletakkan sebarang kenderaan di ruang pintu masuk bangunan; dan
Dilarang membina tempat letak kereta berbumbung atau bangsal seperti untuk meletakkan motosikal atau basikal. Kereta, motosikal dan basikal hendaklah diletakkan dipetak-petak/tempat-tempat yang ditetapkan supaya kelihatan kemas dan tidak menghalang laluan orang ramai

(b) Membasuh dan Menjemur Pakaian

Mengering pakaian hendaklah hanya di tempat-tempat yang dikhaskan/disediakan. Dilarang sama sekali menjemur kain seperti ‘railings’ melalui tingkap dengan menggunakan kayu dan juga di balkoni rumah. Menjemur kain di luar rumah adalah dilarang sama sekali; dan
Tidak dibenarkan membasuh ‘parque’ dengan cara menyiram air. Sekiranya rosak penghuni hendaklah membayar kos pembaikan.

(c) Kebersihan
Menjaga kebersihan di tingkat yang tuan/puan diami dan sekitarnya
Menjaga kebersihan di dalam lif
Tidak membuang sampah di dalam lubang laluan air, di koridor atau dalam tandas supaya laluan air dan najis tidak tersumbat,
Sampah-sampah hendaklah dibuang ke dalam tong-tong yang disediakan, bukan disekitar ‘rumah sampah’. Sampah-sampah hendaklah dimasukkan kedalam bekas plastik untuk dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
Dilarang sekeras-kerasnya membuang sampah atau sebarang objek yang keras dari tingkat atas ke bawah; dan
Tidak dibenarkan meletak barang-barang buangan seperti surat khabar lama, kotak-kotak karton atau kertas-kertas yang lain di atas atau di bawah tangga yang boleh memburukkan keadaan dan menghalang lalu lalang.

(d) Bercucuk Tanam

Tidak dibenarkan bercucuk tanam di sekitar kawasan bangunan

(e) Merosakkan Dinding Rumah
Tidak dibenarkan merosakkan atau mencacatkan dinding rumah akibat dari paku memaku atau membuat tampalan objek yang melekat dan sukar ditanggalkan

(h) Memelihara Binatang
Pemeliharaan anjing adalah dilarang sama sekali; dan
Memelihara binatang-binatang seperti kucing, burung dan lain-lain hendaklah seberapa boleh dielakan.
Bagi yang ingin memelihara binatang seperti kucing misalnya, hendaklah dipastikan supaya binatang sentiasa bersih dan tidak membuang najis di merata-rata tempat sama ada di dalam atau di luar bangunan

No comments: