MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR

Daripada BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,JPM

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 4 & 7 BLOK B3,
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI,
62502 PUTRAJAYA

SEMUA PENGHUNI KUARTERS YANG DIHORMATI,
MAKLUMAN MENGENAI LARANGAN MENCUCI KENDERAAN
MENGGUNAKAN PAIP AIR DI RUMAH SAMPAH DAN PAIP AIR
TAMAN

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) memohon kerjasama tuan / puan seluruh warga kuarters untuk mengambil maklum dan menasihati ahli keluarga dan jiran tetangga supaya tidak menggunakan paip-paip air kerajaan yang terdapat di rumah sampah dan taman untuk mencuci kenderaan kerana kemudahan tersebut adalah dikhaskan untuk kerja-kerja membersih rumah sampah, persekitaran kuarters dan untuk menyiram pokok / landskap sahaja. BPH akan sentiasa melakukan pemantauan penguatkuasaan.Penghuni yang didapati menyalahgunakan paip-paip air tersebut akan ditegur dan diberi notis amaran. Sekiranya masih ingkar, surat makluman kepada ketua jabatan penghuni akan dikeluarkan dan jika masih ingkar, penghuni tersebut akan diminta keluar dari kuarters kerana melanggar peraturan dan syarat menduduki kuarters kerajaan sebagaimana perjanjian.

BPH mohon kerjasama warga kuarters untuk melaporkan penyalahgunaan paip-paip air kerajaan kepada pegawai BPH di talian 012-3898122 atau 013-2800407. Kerjasama semua warga kuarters yang prihatin amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

UNIT NAZIRAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
29 Jun 2009

No comments: