MESYUARAT AGONG KALI KE-6,BADAN KEBAJIKAN BLOK 4F PADA 2HB APRIL 2011 JAM 8.00 MLM,BERTEMPAT DI DEWAN BLOK 4F,SEMUA WARGA BLOK 4F DI JEMPUT HADIR
SEMALAM DAH LEPAS HARI INI NYATA ESOK ?

Selamat Tahun Baru 2010 di ucapkan kepada semua warga blok
Diharap azam tahun lepas dapat ditunaikan
Kami berdoa agar tahun depan 2010 lebih baik daripada tahun ni

SELAMAT TAHUN 2010 KEPADA SEMUA WARGA BLOK

" BERSAMA BERMASYARAKAT "

SELAMAT KEMBALI

Kami warga blok mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada

Hj.Ariff B. Hashim & isteri


Setelah menunaikan selamat menunaikan ibadat haji




SALAM PERPISAHAN

Selamat berpisah kepada warga blok 


En.Mahat B. Limat & Keluarga  
En.Jasni B. Hassan Basri& Keluarga 


yang telah berpindah ke 


Kenangan bersama mereka tidak akan dilupakan.
Kami warga blok mengucapkan selamat berpindah dan selamat memasuki kediaman baru.
DARI BPH JPM


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH DENGGI


  1. Membunuh nyamuk Aedes dengan racun serangga (Aerosol).
  2. Bersihkan kawasan sekeliling rumah. Pastikan tiada bekas air yang boleh menakung air.
  3. Tutup bekas penyimpanan air seperti tempayan,baldi atau tong air.
  4. Tukar air dalam bekas jambangan bunga setiap minggu.
  5. Bersihkan piring pengalas pasu bunga yang menakung air.
  6. Periksa saluran air hujan dan pastikan air tidak bertakung.
  7. Sampah sarap yang boleh menakung air seperti bekas plastik hendaklah dibuang di tong sampah dan jangan dibiarkan air bertakung.
BPH sentiasa mengutamakan kesihatan penghuni kuarters. Langkah-langkah pencegahan dapat mengelak daripada pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan Anda dalam bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran kuarters dan kediaman dapat mencegah diri, keluarga, dan jiran anda daripada Denggi.


*BPH sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dalam aktiviti fogging bagi mencegah denggi. Penghuni kuarters adalah dinasihati memberikan kerjasama dengan membuka pintu kediaman masing-masing sewaktu aktiviti fogging dijalankan.
Sumber daripada Pejabat Kesihatan Putrajaya.

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BPH
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah akan menyediakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak bermula 1 November 2008  bagi memudahkan pelanggan berurusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan BPH.





                Lokasi : Pasar Tani Mega, Presint 2,
               Masa    : 6.00 petang hingga 9.00 malam
               Hari      : Setiap hari Jumaat 


PERHATIAN WARGA BLOK

MINTA KERJASAMA DARI WARGA BLOK AGAR TIDAK MELETAKKAN KENDERAAN ANDA DI PARKING SEBELAH KANAN HADAPAN BLOK 4F DAN PARKING MOTOR DITUKARKAN KEPADA PARKING SEBELAH KIRI BLOK.

INI ADALAH UNTUK KERJA-KERJA PEMASANGAN KHEMAH BAGI PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN
 ENCIK GHANI (T3-U05)


 PADA :19.12.2009 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN BLOK 4F & PEKARANGAN PARKING BLOK
JEMPUTAN :SEMUA WARGA BLOK DI JEMPUT HADIR  


KERJASAMA DARI WARGA BLOK AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA HARI RAYA KORBAN

Pada 29.11.2009,satu majlis bacaan Yassin semperna HARI RAYA KORBAN telah di adakan di Dewan BLOK 4F dan di anjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F.Acara bermula dengan gotong-rayong memasak hidangan makan malam diantara penghuni blok.Acara kemuincak bermula dengan sembahyang Magrib berjemaah diketuai oleh Hj.Zakaria dan diikuti dengan bacaan Yassin.Majlis diteruskan dengan takbir raya dan sembahyang isyak berjemaah.Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.(Gambar tidak dapat dimuatkan kerana masalah teknikal,harap maaf)

Lawatan Ke Langkawi

Sekali lagi satu lawatan ke Langkawi telah berjaya di anjurkan oleh Badan Kebajikan Blok 4F,dan tahun ini lawatan ini disertai oleh 8 keluarga.Lawatan ini di taja oleh individu yang menyertai lawatan.Lawatan ini bertolak dari perkarangan blok jam 2300 (11 mlm) 20.11.2009 dan sampai di langkawi jam 1600 (4 ptg) dan pulang ke Blok pada 23.11.2009.Gambar akan dimuatkan kemudian
TAQWIN TAHUNAN BLOK 4F

TAQWIN BULANAN BLOK 4F 2009 @ 1430/1431
BULAN
TARIKH/MASA/TEMPAT
MAJLIS
TINDAKKAN
JANUARI
MUHARAM /
SAFAR 1430


24HB JAN 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F

BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
FEBUARI
SAFAR /
RABIULAWAL 1430

28HB FEB 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
MAC
RABIULAWAL / RABIULAKHIR 1430

28HB MAC 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
APRIL
RABIULAKHIR / JAMADILAWAL 1430

25HB APRIL 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
MEI
JAMADILAWAL / JAMADILAKHIR 1430

23HB MEL 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
JUN
JAMADILAKHIR / REJAB 1430

20HB JUN 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
JULAI
REJAB / SYAABAN 1430

25HB JUL 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
OGOS
SYAABAN / RAMADHAN 1430
15HB OGOS 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
SEPTEMBER
RAMADHAN / SYAWAL 1430
05HB SEPT 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
MAJLIS BUKA PUASA DAN TAHLIL ARWAH
BIRO AGAMA
OKTOBER
SYAWAL / ZULKAEDAH 1430
10HB OKT 2009 @ SABTU
DEWAN BLOK 4F
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2009
SEMUA BIRO
NOVEMBER
ZULKAEDAH / ZULHIJJAH 1430

14HB NOV 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA
DISEMBER
ZULHIJJAH / MUHARAM 1431

19HB DIS 2009 @ SABTU
0700 MLM
DEWAN BLOK 4F
BACAAN YASIN,TAHLIL,DOA SELAMAT & ISYAK BERJEMAAH
BIRO AGAMA

****SEGALA PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN


" BERSAMA BERMASYARAKAT "

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI TAHUN 1430/2009

Pada 07.09.2009 bersama 15 Ramadhan 1430 satu majlis berbuka puasa di antara penghuni blok 4F telah diadakan.Majlis ini adalah majlis tahunan yang diadakan bagi menghormati bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Majlis telah dimulai seawal 10.00 pagi dan dimulai dengan memasak juadah berbuka secara rontong-royong.
Pada jam 07.18 telah masuk waktu berbuka dan penghuni blok 4F telah berbuka bersama-sama dengan dif-dif jemputan
Majlis diteruskan dengan sembahyang maghrib secara berjemaah
Sesudah sembahyang penghuni dijamukan dengan nasi ayam special yang dibuat sendiri oleh penghuni blok

Majlis diteruskan dengan sembahyang isyak berjemaah dan sembahyang tarawih serta dengan tahlil arwah
Majlis diakhri dengan sedikit jamuan moreh.

KEJADIAN PECAH RUMAH DI SIANG HARI

Makluman,

Pada 27.08.2009 (Khamis)satu kejadian pecah rumah telah berlaku di aras U02-T08.Kejadian ini berlaku sewaktu penghuni tiada di rumah pergi kerja.

Sehubungan itu adalah diharapkan semua penghuni,umumnya mereka yang mendiami unit tertera dibawah agar mengunci gril dapur sebelum pergi kerja

UNIT:- U02,U03,U06,U07

Pihak polis memaklumkan penyenayah akan melakukan pecah rumah dengan cara memasuki rumah melalui dapur yang gril tidak dikunci
BPH kini memperkenalkan talian khas 03-88886868 bagi perkhidmatan berikut:

i. Permohonan dan semakan permohonan kuarters
ii. Penyelenggaraan kuarters
iii. Penyewaan gelanggang, dewan dan khemah di Putrajaya
iv. Pembayaran bil utiliti kuarters (tidak termasuk SYABAS dan TNB)
v. Aduan penghuni kuarters
vi. Pertanyaan mengenai kuarters

Semakan aduan melalui SMS

- Taip : bph status nombor aduan
- Contoh : bph status a123
- Hantarkan sms anda ke 15888

Aduan melalui SMS

- Taip : bph aduan alamat e-mel aduan anda
- Contoh : bph aduan suhaili@bph.gov.my pokok tumbang di Jalan P11
- Hantarkan sms anda ke 15888

Tetamu yang menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) kini boleh memberikan maklum balas secara online melalui laman web BPH, www.bph.gov.my. Perkhidmatan ini disediakan sebagai alternatif kepada penggunaan borang maklum balas yang disediakan di RPP dan RP pada masa ini.

MAKLUMAN PENTING


Talian Bebas Tol BPH 1-300-88-1414
Talian Utama BPH 03-8880 0000
Talian Khas Pengurusan Kuarters 03-8888 6868

Daripada BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,JPM

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 4 & 7 BLOK B3,
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI,
62502 PUTRAJAYA

SEMUA PENGHUNI KUARTERS YANG DIHORMATI,
MAKLUMAN MENGENAI LARANGAN MENCUCI KENDERAAN
MENGGUNAKAN PAIP AIR DI RUMAH SAMPAH DAN PAIP AIR
TAMAN

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) memohon kerjasama tuan / puan seluruh warga kuarters untuk mengambil maklum dan menasihati ahli keluarga dan jiran tetangga supaya tidak menggunakan paip-paip air kerajaan yang terdapat di rumah sampah dan taman untuk mencuci kenderaan kerana kemudahan tersebut adalah dikhaskan untuk kerja-kerja membersih rumah sampah, persekitaran kuarters dan untuk menyiram pokok / landskap sahaja. BPH akan sentiasa melakukan pemantauan penguatkuasaan.Penghuni yang didapati menyalahgunakan paip-paip air tersebut akan ditegur dan diberi notis amaran. Sekiranya masih ingkar, surat makluman kepada ketua jabatan penghuni akan dikeluarkan dan jika masih ingkar, penghuni tersebut akan diminta keluar dari kuarters kerana melanggar peraturan dan syarat menduduki kuarters kerajaan sebagaimana perjanjian.

BPH mohon kerjasama warga kuarters untuk melaporkan penyalahgunaan paip-paip air kerajaan kepada pegawai BPH di talian 012-3898122 atau 013-2800407. Kerjasama semua warga kuarters yang prihatin amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

UNIT NAZIRAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
29 Jun 2009
MEWUJUDKAN BUDAYA BARU PENYIDAIAN PAKAIAN DI KUARTERS
KERAJAAN DI PUTRAJAYA


Menyidai atau mengering pakaian di tempat yang tidak dikhaskan merupakan
salah satu Pelanggaran Peraturan Menduduki Kuarters seperti yang tertakluk
dalam Buku Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan Fasal 6.2.4 :

“Menjemur sebarang jenis jemuran atau pakaian selain dari tempat yang disediakan.”
[ Fasal 6.2.4 Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan]

Sehubungan itu, kerajaan kini sedang dalam usaha mewujudkan budaya baru
menyidai pakaian di kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya. BPH telah diberi
tanggungjawab dan peranan dalam melaksanakan budaya baru ini bagi
memastikan usaha ini berjaya. Penghuni kuarters kerajaan diseru agar bersamasama
menjayakan usaha kerajaan ini dengan mengikuti peraturan yang
ditetapkan dalam Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan.
JENIS PENYIDAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN ADALAH SEPERTI
BERIKUT :

1. Menggantung kain/pakaian di ‘balcony’.
2. Menggantung kain/pakaian di antara ‘railings’ di bahagian ‘balcony’.
3. Mengubahsuai/membuat ampaian di luar rumah.
4. Menyidai kain/pakaian pada sepanjang saluran gas.
5. Menyidai kain/pakaian di sepanjang laluan utama di bahagian
koridor.
6. Menjemur kain/pakaian dengan menggunakan kayu melalui ‘railings’
tingkap ataupun ’balcony’.

CONTOH-CONTOH KESALAHAN

KESALAHAN MENJEMUR DI ‘BALCONY’
KESALAHAN MENJEMUR DI KAWASAN LALU LALANG
KESALAHAN MENJEMUR DI RAILINGS
KESALAHAN MENJEMUR DI LUAR KORIDOR
KESALAHAN MENJEMUR DI POKOK-POKOK LUAR RUMAH

Pengghuni kuarters adalah di ingatkan agar mengeringkan pakaian hanya di tempat yang telah dikhaskan / disediakan. Menjemur kain seperti di ‘railings’ melalui tingkap dengan enggunakan kayu dan juga di ‘balcony’ rumah adalah dilarang. Menjemur kain di luar rumah juga adalah dilarang sama sekali.

BAGAIMANAPUN DALAM MELAKSANAKAN USAHA KERAJAAN INI BPH
JUGA AKAN MENGAMBIL INISIATIF SEPERTI BERIKUT BAGI MEMBANTU
MASALAH PENGHUNI DALAM MEMBUDAYAKAN CARA BARU
PENYIDAIAN PAKAIAN :

1. Penambahan Ampaian

2. Pemasangan Kipas bagi membantu mengeringkan pakaian dan


3. Pemasangan Mesin Pengering


KERJASAMA SEMUA PENGHUNI KUARTERS AMAT DIPERLUKAN DALAM
MELAKSANAKAN DAN MEMBUDAYAKAN CARA BARU PENYIDAIAN
PAKAIAN INI.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Parking OKU Di Kuarters

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 4 & 7 BLOK B3,
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI,
62502 PUTRAJAYA
www.bph.gov.my

SEMUA PENGHUNI KUARTERS YANG DIHORMATI,

MAKLUMAN MENGENAI LARANGAN MELETAK KENDERAAN DI
PETAK PARKING KHAS KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) memohon kerjasama tuan /
puan semua penghuni kuarters untuk mengambil maklum dan
menasihati ahli keluarga, rakan serta jiran tetangga supaya tidak
meletakkan kenderaan di petak parking kenderaan yang telah
ditanda kerana ianya dikhaskan oleh BPH untuk Orang Kurang
Upaya (OKU).


BPH akan sentiasa melakukan pemantauan penguatkuasaan.
Penghuni yang didapati melakukan kesalahan di atas akan ditegur
dan diberi notis amaran. Sekiranya masih ingkar, surat makluman
kepada ketua jabatan penghuni akan dikeluarkan dan jika masih
ingkar, penghuni tersebut akan diminta keluar dari kuarters kerana
melanggar peraturan dan syarat menduduki kuarters kerajaan
sebagaimana perjanjian.

BPH mohon kerjasama warga kuarters untuk melaporkan perlakuan
tersebut kepada pegawai BPH di talian 012-3898122 atau 013-
2800407. Kerjasama semua warga kuarters yang prihatin amatlah
dihargai.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

UNIT NAZIRAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
29 Jun 2009

Peraturan Kuarters

BAHAGIAN I : TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN

Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya Tempatan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan sepatutnya.

Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang diperuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai itu sendiri.

Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam,itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalan kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol dan lain-lain lagi.

Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak 2 kali ganda sewa yang patut dibayarnya. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan bagi pegawai-pegawai yang mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka berhak mendapat perumahan yang percuma atau dikehendaki diam dirumah-rumah khas jabatan atau rumah-rumah yang telah dibina oleh mereka dengan Pinjaman Perumahan itu terletak di luar kawasan ibu pejabar tempat mereka bertugas.


PERATURAN II : TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN

PARA 33 : (i) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari terakhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di (ii) dan (iii).

PARA 33 : (ii) Seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh pegawai perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas jabatan atau jawatan semasa ia bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya. Bagi tujuan perintah am ini, seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja.

PARA 33 : (iii) Seseorang pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan ketua jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi.

PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

(a) Kenderaan
Dilarang meletakkan sebarang kenderaan di ruang pintu masuk bangunan; dan
Dilarang membina tempat letak kereta berbumbung atau bangsal seperti untuk meletakkan motosikal atau basikal. Kereta, motosikal dan basikal hendaklah diletakkan dipetak-petak/tempat-tempat yang ditetapkan supaya kelihatan kemas dan tidak menghalang laluan orang ramai

(b) Membasuh dan Menjemur Pakaian

Mengering pakaian hendaklah hanya di tempat-tempat yang dikhaskan/disediakan. Dilarang sama sekali menjemur kain seperti ‘railings’ melalui tingkap dengan menggunakan kayu dan juga di balkoni rumah. Menjemur kain di luar rumah adalah dilarang sama sekali; dan
Tidak dibenarkan membasuh ‘parque’ dengan cara menyiram air. Sekiranya rosak penghuni hendaklah membayar kos pembaikan.

(c) Kebersihan
Menjaga kebersihan di tingkat yang tuan/puan diami dan sekitarnya
Menjaga kebersihan di dalam lif
Tidak membuang sampah di dalam lubang laluan air, di koridor atau dalam tandas supaya laluan air dan najis tidak tersumbat,
Sampah-sampah hendaklah dibuang ke dalam tong-tong yang disediakan, bukan disekitar ‘rumah sampah’. Sampah-sampah hendaklah dimasukkan kedalam bekas plastik untuk dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
Dilarang sekeras-kerasnya membuang sampah atau sebarang objek yang keras dari tingkat atas ke bawah; dan
Tidak dibenarkan meletak barang-barang buangan seperti surat khabar lama, kotak-kotak karton atau kertas-kertas yang lain di atas atau di bawah tangga yang boleh memburukkan keadaan dan menghalang lalu lalang.

(d) Bercucuk Tanam

Tidak dibenarkan bercucuk tanam di sekitar kawasan bangunan

(e) Merosakkan Dinding Rumah
Tidak dibenarkan merosakkan atau mencacatkan dinding rumah akibat dari paku memaku atau membuat tampalan objek yang melekat dan sukar ditanggalkan

(h) Memelihara Binatang
Pemeliharaan anjing adalah dilarang sama sekali; dan
Memelihara binatang-binatang seperti kucing, burung dan lain-lain hendaklah seberapa boleh dielakan.
Bagi yang ingin memelihara binatang seperti kucing misalnya, hendaklah dipastikan supaya binatang sentiasa bersih dan tidak membuang najis di merata-rata tempat sama ada di dalam atau di luar bangunan

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN

Pada 15.08.2009-satu majlis Tahlil bacaan Yassin sempena menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan telah diadakan di blok 4F. Majlis telah dimulakan dengan memasak makan malam secara gotong-royong
diikut dengan sembahyang maghrib secara berjemaah.
Selepas sembahyang maghrib,tahlil dan bacaan yasin sempena Ramadhan bermula.
Majlis diteruskan dengan sembahyang isyak berjemaah dan diakhiri dengan makan malam

Hari Keluarga Blok 4F

Bertarikh 8-9.o8.2009,di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka satu ''Hari Keluarga Blok 4F' telah berjaya diadakan dengan begitu meriah sekali. Acara ini merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti blok 4F. Tahun ini seramai 23 keluarga telah menyertai hari keluarga ini dan pelbagai acara telah dijalankan. Acara ini bermula seawal perjalanan pergi. Acara ini dimulai dengan berkumpul di depan blok seawal 8.30 pagi dan perjalanan ke KM Chalet secara berkonvoi dan sepanjang berkonvoi ini acara mencari harta karun telah diadakan.
Setelah sampai di KM Chalet semua peserta membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik masing-masing. Semasa proses pendaftaran berjalan acara meneka biji betik juga diadakan pada waktu yang sama dan pemenang ditentukan dengan tekaan yang tepat atau paling hampir. Acara seterusnya adalah makan tengahari dengan bekalan makanan yang dibawa peserta masing-masing dan dikumpul serta dikongsi sesama peserta.
Sebelah petang pula adalah acara bebas dijalankan seperti mandi laut



Sebelah petang pula diadakan pertukaran hadiah yang dibawa oleh peserta hari keluarga sendiri dan semua peserta akan mendapatnya dan pemenang teka biji betik yang meneka tepat jumlah biji dalam buah betik
dan pemenang mencari harta karun. Pemenang ini ditentukan melalui undian disebabkan 2 keluarga menjawab soalan dengan tepat
Pada malam itu acara diakhiri dengan berkaraoke
Pagi keesokkannya pula diadakan poco-poco dan seterusnya sukaneka antaranya kutip gula-gula, isi air dlm botol, rebut kerusi, cari sepatu sendiri, bawa bola ping-pong dalam sudu, lambung kasih, bowling pantai, makan epal dan minum air coca-cola
Dan acara seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang

"Hari Keluarga Blok 4F" berakhir jam 1500 dan peserta telah pulang